
Grab Daily Insurance (GDI), insurans motor dan takaful (insurans Islamic) khas pemandu e-hailing telah dilancarkan oleh Grab Malaysia hari ini. Insurans ini direka khas dengan kerjasama 14 syarikat insurans dan pengendali takaful terkemuka, dalam menawarkan pemandu e-hailing menikmati perlindungan insurans / takaful dari serendah RM1 / sehari.
Senarai 14 Syarikat Insurans / Takaful:
- Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad
- AmGeneral Insurance Berhad
- AXA Affin General Insurance Berhad
- Berjaya Sompo Insurance Berhad
- Chubb Insurance Malaysia Berhad
- Etiqa General Insurance Berhad
- Etiqa General Takaful Berhad
- Liberty Insurance Berhad
- MPI Generali Insurans Berhad
- MSIG Insurance (Malaysia) Bhd
- RHB Insurance Berhad
- Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad
- Zurich General Insurance Malaysia Berhad
- Zurich Takaful Malaysia Berhad
Pengenalan GDI merupakan sebahagian daripada komitmen Grab dan usaha berterusan untuk membantu rakan kongsi pemandu mematuhi peraturan e-hailing baru, dan salah satu merupakan pembelian insurans / takaful e-hailing, tambahan kepada insurans motor / takaful yang sedia ada yang mana mungkin dikenakan sehingga RM400-500 tahunan. GDI akan membantu menangani beban pendahuluan ini melalui liputan harian yang fleksibel dan berpatutan.
Pemandu boleh memilih perlindungan harian insurans / takaful apabila mereka berada dalam talian, lindungan tersebut akan ditolak dari e-dompet GrabPay Kredit mereka dan sah selama 24 jam.
Bagaimana berfungsi?
- Memilih terus dalam aplikasi
- Bayar setiap hari melalui GrabPay Driver’sWallet
- Pandu dengan cermat
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Grab Daily Insurance (GDI).





