
Pengumuman kadar GST 0% oleh Kementerian Kewangan mendapat sambutan menggalakan dari pelbagai pengeluar. Salah satunya adalah Acer, di mana mereka kini menawarkan pulangan tunai (cashback) sebanyak 6% untuk semua produk keluaran mereka.
Promosi pulangan tunai 6% ini bermula dari 16 Mei sehingga 31 Mei 2018. Ini bermakna, sebarang produk yang dibeli pada tarikh tersebut seperti komputer riba, desktop, monitor mahupun aksesori, anda layak untuk menerima pulangan tunai ini.
Namun begitu, pengguna perlu membayar produk Acer yang dibeli pada harga biasa, kemudian anda perlu ke pautan ini dan isi maklumat peribadi bersama maklumat produk yang dibeli, serta muat naik bukti pembelian. Selepas semua maklumat disahkan, Acer akan memasukan pulangan tunai 6% ini terus ke akaun bank pembeli. Jangan lupa, tarikh akhir penebusan ini adalah pada 8 Jun 2018.
https://www.facebook.com/AcerMalaysia/videos/1915011961850953/
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh layari Facebook Acer Malaysia atau hubungi Acer Product Infoline di talian 1800-88-1288 (9 pagi-6 petang, Isnin Hingga Jumaat).

