[Tertiris] Rekaan Xiaomi Mi 6X Dengan Sokongan Dwi Kamera Mula Kelihatan

Xiaomi Mi 6X dengan rekaan skrin hampir penuh.

Walaupun sibuk dengan persiapan untuk memperkenalkan Xiaomi Mi 7, dalam diam-diam Xiaomi sebenarnya dikatakan akan turut menampilkan satu lagi model terbaru keluarannya iaitu model Mi 6X. Untuk pengetahuan pembaca, model ini sebenarnya pernah tertiris di Internet pada penghujung tahun lepas sebagai model peningkatan untuk model Mi 6. Namun pada masa itu hanya sarung pelindung TPU Xiaomi Mi 6X sahaja yang berjaya diperolehi.

Berdasarkan kepada sarung pelindung yang tertiris ini, Xiaomi Mi 6X dilihat masih mengekalkan sokongan port 3.5mm audio jack pada bahagian bawah kerangkanya.

Akhirnya ada sumber yang telah berjaya mendapatkan imej rekaan penuh Xiaomi Mi 6X yang jelas memperlihatkan rekaan panel depannya dan juga sarung pelindung TPU yang direka untuk menerima hentakan dan juga kalis calar. Walaupun tiada maklumat berkaitan spesifikasi Xiaomi Mi 6X didedahkan setakat ini, jelas dapat dilihat bahawa ia bakal menyokong rekaan skrin moden dengan format paparan 18:9 dan dilengkapi dengan dwi kamera yang kelihatan mirip seperti rekaan iPhone X.

Rekaan awal panel belakang Xiaomi Mi 6X yang tertiris di Internet.

Sumber: SlashLeaks

You might also like