
Isu kuasa bateri di iOS telah menjadi topik perbualan baru-baru ini, sebenarnya ketahanan bateri pada telefon pintar sangat penting bagi semua pengguna. Justeru itu, satu aplikasi pemesejan yang dipanggil Die With Me telah disebar luas di golongan orang ramai.
Apa yang menjadi istimewa sangat pada aplikasi dengan nama pelik ini? Ia bukan aplikasi pemesejan seperti yang lain, ia hanya boleh digunakan apabila kuasa bateri tinggal kurang daripada 5%. Jika anda memenuhi syarat-syaratnya, maka bolehlah bersembang dengan mereka yang turut sama menghadapai kehabisan bateri smartphone di seluruh dunia melalui Die With Me.
Siapa berminat nak cuba? Muat turun di Android (RM 4.99) atau iOS (RM 1.90) ya~

