Akhirnya China Membenarkan Penggunaan Telefon Mudah Alih Dalam Penerbangan

 

Seperti yang anda sedia maklum, penumpang pesawat penerbangan di China telah dilarang untuk menggunakan telefon mudah alih mereka ketika berada di dalam pesawat. Bahkan penumpang juga dikehendaki untuk mematikan telefon mudah alih mereka apabila berada dalam mana-mana penerbangan dari negara itu.

Baru-baru ini larangan itu telah ditarik semula selepas pihak Pentadbiran Awam China (CAAC) membuat kelonggaran berhubung peraturan tersebut. Berita baik itu telah diterima secara terbuka oleh syarikat penerbangan di China apabila China Eastern Airlines, Hainan Airlines, Air China dan beberapa syarikat penerbangan dilihat telah membenarkan penggunaan telefon mudah alih di dalam pesawat mereka.

Walaupun penggunaan telefon mudah alih ataupun peranti elektronik lain telah dibenarkan untuk digunakan ketika dalam penerbangan, mereka masih perlu mematuhi peraturan untuk menggunakan mod penerbangan. Malah setakat ini, sebanyak 112 pesawat penerbangan di China telah dilengkapi dengan perkhidmatan WiFi dalam-penerbangan yang disediakan oleh China Telecom.

Sumber: ZDNet

You might also like