
Ujian Benchmark Google Pixel 4 (Pixel 3 Lite) Tertiris?! Beroperasi Sistem Android 10?!
Google Pixel 3 Lite yang pernah membuat pendedahan pertama pada bulan November 2018, kini ada maklumat lebih lanjut lagi dengan ketirisan ujian benchmark yang lebih jelas.
[ Fizikal, Hasil Gambar & Benchmark Google Pixel 3 Lite Tertiris – Menampilkan Rekaan Kerangka Plastik?! ]
Menurut penanda aras Geekbench, peranti yang dikenali sebagai Google Pixel 4 dengan kod nama “Sargo” ini menerima ujian skor single-core mencapai 744, serta skor multi-core mencapai 3201.
Lebih menarik lagi, sistem operasi yang dipaparkan pada penanda aras jelas menunjukkan ia menggunakan Android 10. Dari segi cip pemproses pula, ia menggunakan Qualcomm Octa-core 1.8GHz, kharbar angin juga mengatakan Pixel baharu ini hadir dengan 4GB RAM.
Setakat ini perlu lebih bersabar menanti maklumat lanjut dari Google.
________________________________
Artikel Berkaitan:
- Ujian Benchmark Android Q Terdedah Dalam Google Pixel 3 XL?!
- DxOMark : Google Pixel 3 & Samsung Galaxy Note 9 Menduduki Tangga Teratas Dalam Carta Skor Tanda Aras Kamera Swafoto

