Korang Dah Tak Boleh Tengok Bilangan “Likes” Di Instagram? Kenapa Pula Ni?!

Instagram kini mengumumkan bahawa mereka telah memperluaskan ujian percubaan “Hidden Likes”. Ini bermakna, sejumlah pengguna kini tidak lagi dapat melihat bilangan “likes” pada foto orang lain – tetapi masih dapat melihat bilangan “likes” untuk foto sendiri melalui panel khas .

Terdahulu, ujian ini hanya terhad di beberapa buah negara seperti Australia, Brazil, Kanada, Ireland, Itali, Jepun, dan New Zealand. Namun kini, ia telah dikembangkan secara global. Perubahan ini sebenarnya telah mewujudkan impak positif di mana menjadikan pengguna lebih selesa berkongsi apa sahaja – tanpa risau berkenaan angka “likes” yang diterima.

You might also like