
Vivo Bakal Muncul Dengan 5 Buah Peranti Pintar Bersama Sokongan 5G Pada Tahun 2020!
vivo dilaporkan bakal melancarkan lima buah peranti pintar dengan sokongan 5G pada tahun 2020, di samping memberi lebih tumpuan terutamanya pada julat harga peranti kelas pertengahan asas.

Menurut Pengurus Besar Institut Penyelidikan Komunikasi vivo, Qin Fei berkata vivo merancang untuk mengembangkan perkongsiannya bersama Qualcomm pada peranti 5G dengan pengenalan lebih banyak peranti berpatutan dengan sokongan 5G.
Oleh itu, vivo dan Qualcomm berusaha keras untuk mengurangkan kos dalam proses pengeluaran peranti 5G. Matlamat semasa vivo adalah untuk melepaskan sub 2000 RMB (kira-kira RM1,183.21) peranti 5G di China dan memberi tumpuan kepada usaha menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna.

Seperti dinyatakan oleh IDC dalam laporan penghantaran telefon bimbit 5G China sekitar suku tahun ketiga 2019, negara China telah menghantar kira-kira 485,000 buah telefon pintar 5G – vivo menyumbang sekitar 54.3%.

