
Vivo S5 Kini Rasmi & Mungkin Datang Malaysia?! – Sokong Paparan Berlubang + Empat Kamera Utama
vivo sekali lagi mengemas kini barisan smartphone keluaran mereka dengan kemunculan vivo S5. Ia merupakan sebuah peranti kelas pertengahan yang diperkemaskan dengan sejumlah penawaran menarik dan hebat masa kini.

vivo V5 membawakan paparan bersaiz 6.44″ Super AMOLED FHD+ (2400 x 1080 piksel) dengan sokongan skrin berlubang. Peranti ini menampilkan nisbah skrin ke badan sebanyak 91.38% dan mempunyai ketersediaan pengimbas cap jari biometrik pada paparan.
Enjin dalaman peranti dikuasai oleh cip pemproses Snapdragon 710 bersama gabungan memori sebesar 8GB RAM dan dua pilihan storan – 128GB dan 256GB. Untuk bateri, peranti ini dimuatkan dengan bateri sebesar 4,100 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 22.5W.
Bagi ketersediaan kamera pula, ia membawakan sokongan empat kamera utama dengan gabungan 48MP + 8MP (Ultra Wide) + 5MP (Depth) + 2MP (Makro). Turut mengiringi peranti adalah kamera hadapan sebesar 32MP. Kamera ini didatangkan dengan teknologi algoritma kecantikan yang hebat bagi bantu menonjolkan lagi hasil gambar.

vivo S5 didatangkan dalam tiga pilihan warna menarik termasuk Blue Iceland , Phantom Blue dan Star Black. Peranti ini ditawarkan di pasaran China pada harga RMB 2,698 (kira-kira RM1,594) untuk vairan 8GB + 128GB. Manakala, vivo S5 (8GB + 256GB) pada harga RMB 2,999 (kira-kira RM1,772). Mungkinkah ia bakal ditawarkan untuk pasaran tempatan tidak lama lagi? Jeng jeng jeng, sama-sama kita tunggu!




