
WiFi Lebih Pantas Di dalam Smartphone Dan Laptop Tahun Hadapan
Tahun 2017 menjanjikan perkembangan teknologi yang lebih menarik.
Menurut Wi-Fi Alliance, mereka kini sedang di dalam proses menyenaraikan peranti yang hadir dengan spesifikasi WiFi terbaru yang lebih pantas. Dikenali sebagai WiGig, spesifikasi baru ini dikatakan dua kali lebih pantas berbanding WiFi ketika ini.
Menurut Wi-Fi Alliance, WiGig akan hadir dalam kebanyakan peranti flagship pada tahun hadapan. Kepantasannya membolehkan WiGig menjadi sokongan utama kepada ekosistem VR semakin berkembang. Namun di sebalik pengumuman ini, dijangkakan bahawa WiGig akan diadaptasi para pengguna umum dengan perlahan, manakala perkembangan pesat dijangka akan berlaku di dalam sektor perniagaan.