Kemas Kini iOS 10.1 Dengan Mod Potret! Err Tapi Macam Ada Masalah

1Semasa memperkenalkan iPhone 7 Plus kepada dunia, Apple menjanjikan satu fungsi kamera yang menarik akan hadir tidak lama lagi buat peranti dwi kamera tersebut. Kini ia sudah tiba bersama-sama kemas kini iOS 10.1.

Mod potret membolehkan anda menangkap gambar dengan efek depth-of-field dengan lebih baik. Ia sangat digemari pengguna kerana gambar dengan efek ini meletakkan fokus utama terhadap subjek sambil gambar latar akan dikaburkan. Berikut adalah beberapa contoh yang sempat kami “sedut” dari perkongsian pengguna-pengguna di laman sesawang.

2 3

 

 

 

 

 

Walaupun begitu anda mungkin mahu menunggu sedikit masa lagi sehingga fungsi ini betul-betul stabil dan polished. Ini kerana terdapat pengguna yang mengadu bahawa fungsi ini masih belum stabil dan menyebabkan kecacatan kepada gambar.

Mod potret adalah satu fungsi amat baik yang ditawarkan oleh Apple, namun ianya sudah lama ada pada peranti Android, terutamanya keluaran Huawei yang sememangnya dikenali dengan kebolehan efek kameranya. Bagi pemilik iPhone 7 Plus mungkin anda mahu menunggu sedikit masa lagi sehingga fungsi ini betul-betul stabil untuk digunakan.

4

5SUMBER TWITTER

Subjek gambar terjejas dengan efek depth-of-field, menjadikan sebahagian dari subjek menjadi kabur.

 

You might also like