
vivo NEX 3 5G Diiktiraf Sebagai Smartphone Berprestasi Tinggi Di Penanda Aras AnTuTu
Sepanjang 2019, pelbagai pengeluar pengeluar telefon pintar dilihat berlumba-lumba menghasilkan smartphone yang berprestasi tinggi. vivo juga tidak ketinggalan, bahkan salah satu model mereka iaitu vivo NEX 3 5G menduduki tangga teratas pada penanda aras AnTuTu sekaligus diiktiraf sebagai smartphone berprestasi tinggi di antara peranti Android lain. Ujian penanda aras AnTuTu terdiri daripada beberapa ujian yang menyeluruh dalam mengukur prestasi keseluruhan.

Jika dilihat, hasil ujian AnTuTu pada Oktober lalu jelas menyaksikan peranti gaming berada di belakang dan beberapa peranti utama berjaya mencapai tangga teratas. Salah satunya adalah vivo – telah disenaraikan sebagai peranti utama terbaik dari segi prestasi. Menarik bukan?
[ BACA : AnTuTu : Senarai Peranti Android Terbaik Sepanjang Bulan Disember 2019! ]
Untuk makluman, vivo NEX 3 Glowing Night kini boleh didapati di Malaysia. Bagi yang berminat, korang boleh dapatkan menerusi vivo official store, kedai konsep vivo, pengedar sah, rakan kerjasama vivo dan platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan Presto Mall.

