Vivo V11i Fairy Pink Kini Rasmi Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM 1,299!

- Iklan -

Vivo V11i secara rasminya telah dilancarkan di pasaran Malaysia pada 13 September lalu dan ternyata, kehadiran telefon pintar ini menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada ramai pengguna sehingga ke hari ini.

Berikutan kejayaan besar itu, Vivo Malaysia nampaknya terus menerus memberikan kejutan apabila kini bersedia menawarkan v11i dalam varian warna baru iaitu Fairy Pink selepas melancarkan warna Starry Night dan Nebula sebelum ini.

Lebih istimewa, pihak vivo menyatakan mereka melancarkan varian berkenaan selaras dengan kempen Pink Oktober sebagai cara untuk menunjukkan sokongan kepada kesedaran kanser payudara.

V11i Fairy Pink terlihat menawan dengan tona warna merah jambu yang nampak lebih menyerlah di samping menerima sentuhan eksklusif dan direka khas untuk menarik perhatian ramai. Malah, kamera belakang dan pengimbas cap jari juga hadir dengan garisan emas yang cukup gah membuatkan telefon pintar ini lebih bergaya.

Selain itu, reka bentuknya juga dilihat sangat premium dan sesuai untuk dihadiahkan untuk orang tersayang kerana ianya sememangnya sangat cantik. Mensasarkan kepada mereka yang begitu fanatik dengan warna merah jambu, vivo masih mengekalkan ciri-ciri dalaman yang sama seperti sebelum ini.

Apa yang lagi istimewa, majlis tersebut tidak hanya tertumpu kepada pelancaran warna baru untuk vivo v11i sahaja malah bengkel fotografi bersama jurugambar jemputan iaitu Alexio Yeoh dan Gradient Lok turut diadakan.

Bagi yang berminat, V11i dalam warna Fairy Pink kini sudah boleh didapati di pasaran tempatan bermula 1 November 2018 pada harga RM1,299 seunit di semua kedai konsep vivo dan kedai atas talian seperti seperti Lazada, Shopee dan 11Street.

Selain itu, sesi pra-tempahan juga telah dibuka bermula hari ini. Sesiapa yang membuat pra-tempahan bermula HARI INI sehingga 1 November depan, anda berpeluang menerima sebuah kotak eksklusif V11i yang mana mengandungi rantai Swarovski bernilai RM 399. Ketersediaan adalah terhad. First comes, first serve!

You might also like