Xiaomi Mi MIX 3 Menerima Skor 103 Dari DXOMark – Setanding Keupayaan Kamera HTC U12+ & Samsung Galaxy Note9

Xiaomi Mi MIX 3 baru sahaja dilancarkan secara rasmi sebentar tadi di Beijing. Seperti biasa, apabila terdapat peranti baru yang diperkenalkan, DXOMark akan mengumumkan markah bagi peranti tersebut.

Xiaomi Mi MIX 3 kini telah disenaraikan oleh DxOMark dengan pungutan skor 103 poin, sekaligus berkongsi kedudukan dengan HTC U12+ dan juga Samsung Galaxy Note9 dengan tawaran harga yang jauh lebih murah. Jika dilihat pada keupayaan kamera statik, Mi MIX 3 mencatatkan skor sebanyak 108 poin, manakala rakaman videonya pula mencatatkan skor sebanyak 93 poin.

Sebagai rujukan, Mi MIX 3 dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, paparan skrin penuh berukuran 6.39-inci FHD+ AMOLED, dwi-kamera utama beresolusi 12MP (f/1.8) + 12MP (f/2.4), dwi-kamera depan 24MP + 2MP serta bateri berkapasiti 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas tanpa wayar.

Sumber

Baca juga:

You might also like