

Rakaman gambar merupakan satu bentuk seni yang mencerminkan seribu satu makna menerusi sekeping gambar. Disebabkan itu, Samsung Malaysia Electronics memberi peluang kepada anda untuk menzahirkan kreativiti dengan pertandingan yang dianjurkan iaitu ‘Unleash Your ImagineNation’. hadiah berupa 200 pasang tiket mingguan ke Muzium Swafoto dan 2 hadiah utama iaitu Samsung Galaxy Note9 turut menanti anda.

Berikut merupakan cara untuk menyertai:
- Rakam gambar mengikut tema yang diberikan
- Tambah doodle di dalam gambar tersebut mengikut kreativiti anda. Pastikan ia mengikut tema yang diberikan.
- Muat naik di Instagram dengan tanda pagar #ImagineNationNote9 dan tag @SamsungMalaysia
- Pastikan akaun anda ditetapkan sebagai ‘Public’

Pertandingan ini akan dilaksanakan pada 3 peringkat berdasarkan 3 tema berikut:
Tema 1: Chiller than Chill (21 hingga 30 Disember 2018)
Tema 2: Chitter Chatter (1 hingga 10 Januari 2019)
Tema 3: Eat, Eat, Eat (14 hingga 24 Januari 2019)

Tidak tahu doodle yang mana yang perlu digunakan? Muat turun sahaja kesemuanya. Semakin banyak pernyertaan, semakin tinggi peluang anda untuk memenangi hadiah mingguan! Untuk berpeluang memenangi hadiah utama, pastikan anda menyertai dan menghantar gambar berdasarkan ketiga-tiga tema tersebut dalam tempoh pertandingan tersebut. Mungkin sahaja Samsung Galaxy Note9 akan menjadi milik anda.
Baca juga:
- Senarai Peranti Samsung Menerima Kemas Kini Android Pie Tahun 2019
- Video Terbaru Samsung – Memperlihatkan Antaramuka One UI
- Reviu Eksklusif: Samsung Galaxy A9 (2018) Apa Hebatnya? Inilah 5 Perkara Yang Perlu Anda…
- Samsung Perkenalkan Galaxy Note 9 Dalam Edisi Warna First Snow White Di Taiwan!

