
Apple iPad 9.7” versi terbaru telahpun diperkenalkan, dan jika ada pembaca yang sudah membaca mengenai tablet terbaru keluaran Apple tersebut, peranti berkenaan kini diberikan nafas baru malah ia juga menyokong aksesori tambahan seperti Apple Pencil.
Apple iPad 9.7” menawarkan beberapa ciri menarik seperti penggunaan pen stylus untuk menambahkan lagi produktiviti peranti tersebut, paparan lebih terang dan jelas, cip pemproses berkuasa A10 Fusion (iPhone 7 Plus), bateri tahan lama, dan sebagainya.
Bagaimanapun, pasti ramai yang tertanya-tanya berapakah harga yang akan dijual, bukan? Sebentar tadi kami ada membuka laman rasmi Apple Malaysia, apa yang kami lihat ialah pihak Apple meletakkan tanda harga iPad tersebut masing-masing dijual pada harga bermula RM1,449 (WiFi) dan RM1,999 (WiFi + 4G), sementara untuk storan 256GB pada harga RM2,399.
Dengan penawaran sebegini, ia boleh dikatakan iPad paling murah pernah dijual oleh Apple. Jadi, bagi anda ingin memerlukan iPad sebagai alternatif selain telefon pintar, peranti ini boleh dibeli tidak lama lagi (dijangka bulan Mei).