
Menjadi trend semasa kepada setiap pengeluar menawarkan warna ‘hitam mati’ kepada para pengguna. Oleh itu, vivo juga ingin menawarkan warna baharu Matte Black yang kini boleh didapati pada telefon pintar vivo V5Plus.
Dengan warna yang elegan dan premium ini, ia hadir dengan paparan skrin 5.5 inci HD penuh, dijana dengan cip pemproses Snapdragon 625 lapan teras 2.0GHz serta RAM setinggi 4GB, storan dalaman 64GB dan mendapat sistem operasi Android 6.0 Marshmallow bersama UI Funtouch 3.0 membolehkan peranti sentiasa berada dalam keadaan lancar efisyen.
Sistem kamera utama hadir dengan sensor IMX376 20 Megapiksel dan kamera depan 8 Megapiksel kejuruteraan bersama Sony mampu memberikan efek bokeh seperti kamera DSLR yang digunakan. Ciri Selfie Softlight juga tidak terkecuali dapat membantu pengalaman mengambil gambar seperti berada di studio fotografi profesional. Kuasa untuk menghidupkan peranti ini datang daripada bateri berkapasiti 3,160mAh tanpa pengecasan pantas.
Berita Baik! Dapatkan Rebat RM100 Bagi Program Trade-In Telefon Lama
Bermula pada 1 Jun hingga 30 Jun 2017, anda boleh “Trade-In” peranti lama (masih boleh digunakan) di mana-mana kedai konsep vivo dengan potongan harga sebanyak RM100 apabila anda membuat pembelian vivo V5, V5Plus atau Y66! Pastikan peranti lama masih berfungsi, anda layak membeli vivo V5Plus Matte Black Edition baru pada harga RM1599.
CEPAT! SELAGI STOK MASIH ADA!