11street Membuka Tempahan Nokia 3310

Kehangatan Nokia masih lagi terasa, mana tidaknya ramai di antara anda dan kami sendiri pernah menggunakan peranti Nokia ini dahulu kala. Kemunculan semula peranti daripada Nokia ini sangat dinanti-nantikan, oleh itu, 11street membuka tempahan kepada anda yang berminat untuk memiliki Nokia 3310 edisi baru ini.

Nokia 3310 hadir dengan dua slot SIM dan masih lagi mengekalkan reka bentuk ikoniknya. Skrin 2.4 inci melengkung ini boleh mengurangkan silau apabila pengguna berada di bawah sinaran matahari. Kamera 2 Megapiksel dengan bantuan LED flash ini dapat mengambil gambar dan merakam video ala-ala telefon nokia ‘sabun’, ‘daun’, ‘telur’ dan macam-macam nama lain lagi.

Bateri yang boleh bertahan selama sebulan dan 22 jam waktu berbual ini boleh dibawa saat anda berada di luar kawasan atau digunakan dalam waktu kecemasan. Nokia 3310 didatangkan dengan warna ceria Warm Red, Yellow kedua-dua berkilau manakala Dark Blue dan Grey pula dalam warna Matte.

Dijual pada harga RM239 di laman jualan atas talian 11street bermula pada 12 Jun 2017 serta tiada bayaran penghantaran dikenakan bergantung kepada siapa cepat dia dapat.

You might also like