LG V30 Memperlihatkan Skrin Hampir Tiada Bingkai – Permulaan Yang Baik Buat LG

Penggunaan panel gelas berkilau kini menjadi ‘trend’ semasa pula termasuk pada peranti LG V30 yang tidak lama lagi akan dilancarkan. Warna berkilau yang ditampilkan pada LG V30 ini mirip seperti warna gangsa dengan bingkai aluminium serta paparan yang sungguh menawan. Apa yang menawan ialah skrin yang ditonjolkan seolah-olah ia diperbuat tanpa bingkai.

Bahagian belakang peranti ini diletakkan dwi kamera 13 Megapiksel, salah satunya dengan lensa sudut lebar seperti kebiasaan yang terdapat pada kebanyakan telefon pintar LG. Masih di bahagian belakang, pengimbas cap jari dibina di bawah kedudukan kamera utama.

Ia juga hadir dengan bicu 3.5mm audio jack dan USB Type-C dengan satu gril speaker, cip mungkin akan dikuasakan oleh Snapdragon 835 serta RAM setinggi 6GB. Menariknya, di atas paparan utama terdapat paparan ikon di mana kamera depan diletakkan di tengah-tengah antara ikon-ikon tersebut.

LG V30 ini dijangka akan dilancarkan pada musim luruh depan, ini akan menarik pengguna di luar sana yang sudah jemu melihat reka bentuk LG yang tidak banyak berubah selama ini. Perlu dimaklumkan bahawa ketirisan gambar ini masih belum dipastikan atau disahkan oleh pihak LG lagi.

You might also like