Bar Navigasi Di YouTube Kini Boleh Dilihat Pada Android

Sebelum ini, di bawah papan pemuka YouTube terdapat bar navigasi yang hanya terdapat pada peranti yang menggunakan platfom iOS. Pada kemas kini terbaru ini, pengguna di bawah sistem operasi Android juga boleh melihat ciri ini di peranti masing-masing secara berperingkat.

Ciri ini banyak memudahkan pengguna untuk mencari kandungan video yang berkaitan dan video yang menjadi trending semasa, kerana ia sentiasa dipamerkan kecuali anda sedang menonton video pada skrin penuh.

https://www.youtube.com/watch?v=2aGE-HcjUwU

Selain itu, ciri Library akan menyimpan data seperti senarai video, sejarah tontonan, muat naik manakala account dan tetapan boleh diakses pada ikon profil anda di bahagian atas. Sebagai tambahan, YouTube kini akan berhenti apabila anda tab dan ia akan menyambung kembali video berkenaan sejurus anda masuk semula ke dalam aplikasi YouTube.

You might also like