Ookyo Payung Internet Tanpa Had Untuk 4 Aplikasi Pilihan Anda

Ookyo yang bernaung dibawah syarikat telekomunikasi gergasi negara, Maxis hari ini mengumumkan tawaran internet berkelajuan tinggi tanpa had secara percuma kepada para pelanggan ookyo di seluruh Malaysia. Kini, pengguna rangkaian ookyo boleh menikmati empat daripada 100 aplikasi pilihan mereka tanpa had setiap hari. Selain itu, sebanyak 5GB data percuma akan diberikan serta panggilan dan SMS tanpa had daripada hanya RM30 sebulan.

Sebanyak 100 aplikasi disediakan kepada para pengguna antaranya YouTube, Facebook, Instagram, Twitter dan pelbagai aplikasi sosial lain termasuk permainan popular PUBG, serta karaoke Smule juga boleh dipilih. Lebih menarik lagi, jika pengguna berasa bosan dengan empat aplikasi yang telah dipilih, mereka boleh menukar aplikasi yang diinginkan pada bulan seterusnya. Jika empat aplikasi masih tidak mencukupi, pelanggan boleh membuat penambahan aplikasi dengan hanya serendah RM3 sebulan.

Pengguna yang ingin mendaftar ookyo secara digital boleh layari laman sesawang ookyo atau memuat turun aplikasi ookyo di Google Play Store atau Apple App Store bermula hari ini.

You might also like