Acer Lancarkan Komputer Riba Edisi Khas Marvel’s Avengers: Infinity War Dengan Kerjasama Marvel

Acer Malaysia hari ini telah mengumumkan tiga komputer riba edisi khas Marvel’s Avengers: Infinity War terbaharu hasil kerjasama dengan Marvel’s iaitu Aspire 6, Nitro 5 dan juga Swift 3. komputer riba ini hanya ditawarkan di lapan buah negara di rantau Asia Pasifik dan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mendapat hak untuk memasarkannya termasuklah Indonesia, Filipina, Thailand, Taiwan, Hong Kong, Singapura dan India.

Acer Aspire 6 – Edisi Marvel’s Avengers: Infinity War Captain America

Disebalik penutup aluminium premium yang menampilkan pentagram ikonik Captain America, Acer Aspire 6 edisi khas ini akan dikuasakan oleh pemproses Intel Core i5-8250U generasi ke-8 dan kad grafik NVIDIA GeForce MX150 yang diserikan dengan memori RAM DDR4 4GB yang boleh dinaiktaraf sehingga 16GB serta storan SATA 1TB HDD.

Hadir dengan kamera HDR, komputer riba ini menampilkan paparan skrin 15.6 inci berteknologi Dolby Audio Premium yang mana menawarkan hiburan mengagumkan. Manakala Acer TrueHarmony pula memberikan kualiti audio yang lebih realistik, serta dua mikrofon digital dengan Acer Purified. Ciri Voice memastikan pengalaman menggunakan Cortana dengan voice yang hebat!

Kepada yang berminat, anda boleh mendapatkan Acer Aspire 6 Edisi Marvel’s Avengers: Infinity War Captain America pada harga RM3,299.

Acer Nitro 5 – Edisi Marvel’s Avengers: Infinity War Thanos

Model ini merupakan sebahagian daripada rangkain produk permainan video kasual Nitro Acer. Menariknya, pada bahagian atas komputer riba ini menampilkan potret Thanos yang didekorasikan bersama teknologi IMR (In-Mold Roller). Menawarkan paparan yang sama seperti Aspire 6, komputer riba ini telah dikuasakan oleh kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 dengan GDDR5 VRAM serta pemproses Intel Core i5-7300HQ generasi ke-7 dan memori RAM DDR4 8GB yang boleh dinaiktaraf sehingga 16GB.

Untuk mempercepatkan tempoh boot-up dan memendekkan masa pemuatan semasa bermain, Nitro 5 edisi khas ini telah menyokong 128GB SSD yang amat pantas serta dipadankan dengan storan 1TB SSD. Malah ia juga hadir dengan dua buah kipas berteknologi Acer Coolboost yang mampu meningkatkan kelajuan kipas dan keupayaan penyejukan. Ia secara tidak langsung membolehkan pengguna mengawal proses penyejukan secara manual apabila diperlukan. Acer Nitro 5 Edisi Marvel’s Avengers: Infinity War Thanos dijual pada harga RM4,299.

Acer Swift 3 – Edisi Marvel’s Avengers: Infinity War Iron Man

Menampilkan ukuran 17.95mm dan seberat 1.6kg, reka bentuk Swift 3 edisi khas yang ringan dan nipis ini hadir bersama penutup bahagian atas yang dihiasi nyalaan Arc Reactor Iron Man. Dikuasakan oleh pemproses Intel Core i5-8250U generasi ke-8, kad grafik MX150 dan menawarkan jangka hayat bateri sehingga 10 jam untuk tujuan kerja sepanjang hari. Lebih menarik, papan kekunci dengan pencahayaan membuatkan urusan menaip dalam persekitaran yang malap lebih mudah. Acer Swift 3 Edisi Marvel’s Avengers: Infinity War Iron Man ditawarkan pada harga RM4,399.

Kepada yang berminat, anda boleh membeli ketiga-tiga komputer riba edisi khas ini bermula hari ini menerusi penjual terpilih Acer di seluruh negara. Acer juga akan menghadiahkan Avengers 16GB USB Flash Drive dan satu beg sandang premium Acer bernilai RM399 dengan setiap pembelian bermula 17 April sehingga 30 Jun 2018.

Hadiah pembelian

Sempena kolaborasi dengan Marvel, Acer Malaysia turut mempamerkan komputer riba edisi khas Acer Avengers: Infinity War sepanjang siri jelajah selama empat hari di Sunway Pyramid bermula 26 April sehingga 29 April 2018. pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan seperti cabaran 1vs1 untuk permainan video Dota, PUBG dan FIFA, pondok foto bertemakan Avengers dan sesi Q&A di pentas menanti pengunjung.

Hadiah pembelian

Pemenang cabaran 1vs1 akan membawa pulang hadiah mesteri daripada Acer. Pelanggan yang membeli peranti terpilh Acer daripada siri Acer Aspire, Acer Swift, Acer Spin dan Predator bakal menerima hadiah tambahan seperti Kerusi Permainan Video TT eSports Predator bernilai RM1,399, Monitor KG271 bernilai RM899, tetikus Predator, baucer membeli belah bernilai RM100 atau RM50.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari Facebook Acer Malaysia.

You might also like