
Pelancaran realme X50 Pro 5G Bakal Diadakan Secara Online – 24 Februari 2020!
realme secara rasminya mengumumkan bahawa pelancaran realme X50 Pro 5G akan diadakan secara atas talian – dijadualkan pada 24 Februari ini. Pelancaran ini akan disiarkan secra global menerusi laman rasmi realme.com dan YouTube. Berikut adalah pautan livestream :
- Youtube
- realme.com
- Facebook rasmi realme

Pada asalnya, realme X50 Pro 5G dikatakan bakal muncul di persidangan Mobile World Congress (MWC) 2020. Bagaimanapun, persidangan tersebut dibatalkan ekoran kebimbangan wabak Coronavirus.

