
MediaTek Helio G80 Rasmi – Chipset Berfokus Pada Permainan Mudah Alih Untuk Peranti Mid – Range

MediaTek kini memperluaskan lagi barisan chipset siri Helio G keluaran mereka menerusi kemunculan MediaTek Helio G80. MediaTek mengatakan pengenalan chipset baharu ini disasarkan kepada mereka yang mencari ciri-ciri pemainanan mudah alih yang mewah pada peranti bajet. Lebih menarik, ia disertakan dengan peningkatan ketara termasuk teknologi HyperEngine Game, sokongan multi kamera dan built-in VoW (voice on wakeup).

MediaTek Helio G80 menggunakan 2 teras ARM Cortex-A75 yang mencatatkan kelajuan pada 2.0 GHz dan dipasang dengan 6teras ARM Cortex-A55 yang berjalan pada 1.8 GHz. Ia juga didatangkan dengan sokongan GPU Mali-G52 – berjalan pada 950 MHz. Bagi sambungan, chipset menggunakan modem Cat-7 LTE dengan sokongan 2xCA. Ia juga dilengkapi dengan Wi-Fi 802.11ac 1×1, Bluetooth 5.0, GPS + GLONASS, BeiDou dan Galileo. Peranti pintar yang dikuasakan oleh chipset ini dijangka muncul di India sebelum akhir suku ini .
Artikel Berkaitan :

