
Telegram Dikemas Kini Dengan Fungsi Panggilan “Selamat”
Telegram merupakan salah satu aplikasi mesej alternatif yang popular selain dari WhatsApp. Panggilan suara dalam Telegram diketatkan dengan inkripsi end-to-end, ia menggunakan algoritma Diffie-Hellman untuk memastikan panggilan tidak boleh dipintas.
Sebelum panggilan dilakukan, kedua-dua pihak perlu memastikan mereka melihat set emoji yang sama bagi memastikan panggilan yang dilakukan selamat. Menurut Telegram, selain dari mengetengahkan fungsi keselamatan, mereka juga sedang berusaha membangunkan sistem yang akan membantu pengguna mendapatkan kualiti audio terbaik ketiga melakukan panggilan.

