
Nafas Baru Kamera Samsung Gear 360
**KEMAS KINI**
Harga tawaran untuk Samsung Gear 360 adalah RM999! Anda boleh dapatkan di semua Samsung Store, atau secara atas talian di Lazada.
Medium video 360 darjah perlahan demi perlahan mengambil tempatnya di dalam platform sosial masa kini dan Samsung memastikan mereka kekal selari dengan kemajuan ini dengan memperkenalkan versi terbaru kamera Gear 360.
Perubahan yang paling ketara adalah pada reka bentuk, versi terbaru lebih kecil dan kompak berbanding versi pertama. Menurut mereka yag hadir pada acara tersebut, versi terbaru Gear 360 lebih mudah dan selesa di genggaman. Selain itu tapak peranti yang lebih kecil tidak akan kelihatan di dalam rakaman video.
Gear 360 mempunyai dua sensor 8.4MP CMOS dengan kanta fish eye, ia mampu mencapai rakaman beresolusi 4K. Kamera ini menggunakan sambungan USB Type-C yang menawarkan data pemindahan fail yang pantas bagi memaksimakan kemampuan kamera ini dan kemahuan pengguna. Kamera ini juga dilengkapi fungsi live stream pada resolusi 2K.
Harga dan ketersediaan akan diumumkan kelak.
Spesifikasi
| Kamera | CMOS 8.4MP x2 / f/2.2 lens (Output pixel bersamaan 15MP) Dual Lens Mode, Single Lens Mode Mod: Video, Photo,Time lapse, Video looping, Landscape HDR, EV, Sharpness, White Balance, HDR, Wind Cut, ISO Limit (up to 1600) Horizontal Correction, Geo Tagging |
| Imej | Dual Lens (360˚): sehingga 15MP (5472 x 2736) Single Lens: sehingga 3MP (2304 x 1296) Format: JPEG |
| Rakaman Video | Dual Lens (360˚): sehingga 4096 x 2048 piksel (24fps) Single Lens: sehingga 1920 x 1080 piksel (60fps) Codec: MP4 (H.265) |
| Bateri | 1,160mAh |
| MicroSD | sehingga 256GB |
| Sokongan OS | Android dan iOS |
| Sambungan | WiFi 802.11 a/b/g/n/ac (2.4/5GHz), WiFi Direct, Bluetooth v4.1, USB 2.0 (Type-C) |
| Lain-lain | IP53 |



