
HMD Global yang menguruskan jenama peranti terkenal Nokia telah mengumumkan bahawa kemas kini kepada Android Pie bagi model Nokia 2 tidak dapat dilakukan ekoran beberapa halangan teknikal.
Maklumat ini telah dikongsikan dalam satu forum komuniti rasmi. Menurut mereka, Nokia 2 tidak akan menerima kemas kini Android 9 kerana kegagalan peranti ini melepasi tahap penggunaan yang optimum.
Nokia 2 ini menggunakan Android Go dan disebabkan ia merupakan pemproses kelas asas, maka ia tidak mampu menyokong Android 9. Walaubagaimanapun, kemaskini ke Android 8.1 Orea di berikan kepada Nokia 2 pada Mac lalu sebagai alternatif.