Jom Berjimat Dengan Berkongsi Perjalanan Melalui Servis Terbaru GrabShare

Grab menawarkan sesuatu yang cukup bernilai buat pengguna mereka dengan melancarkan servis GrabShare. Melalui servis ini, anda boleh menjimatkan duit poket anda dengan mendapatkan kos perjalanan yang lebih rendah apabila anda berkongsi perjalanan dengan pengguna lain.

Misalnya anda bergerak dari titik A ke titik B dan terdapat satu lagi penumpang yang juga menuju ke lokasi yang hampir serupa, jadi perjalanan anda dan penumpang tersebut secara teorinya akan melalui jalan yang sama. Jadi anda boleh berkongsi perjalanan tersebut dan menikmati penjimatan tambang perjalanan.

Ciri-ciri GrabShare adalah seperti berikut :

  1. Padan, kongsi dan jimat
    GrabShare memadankan anda dengan mereka yang pergi ke arah yang sama untuk berkongsi kenderaan pada tambang yang lebih murah.
  1. Penumpang setiap tempahan
    Bagi setiap tempahan, anda hanya boleh membawa satu sahaja rakan.
  1. Tambang lebih rendah
    Tambang yang ditawarkan melalui GrabShare adalah lebih rendah.
  1. Bayar tol hanya jika anda melaluinya
    Bayaran tol akan ditanggung oleh penumpang dan akan dibahagikan sama rata sekiranya anda berkongsi perjalanan melalui GrabShare.
  1. Lama sedikit tetapi lebih jimat
    Perkongsian perjalanan mungkin akan memakan sedikit masa. Oleh itu pemandu hanya boleh menunggu selama 3 minit sahaja setiap kali mengambil penumpang. Yang pasti, anda akan menjimatkan kos perjalanan.

 

 

You might also like