

U Mobile hari ini telah membuat kejutan dengan pelancaran pakej prabayar terbarunya yang pasti digemari semua peminat media sosial. Pakej prabayar terbaru ‘UNLIMITED POWER’ digabungkan dengan servis App-Onz, di mana ia menawarkan data tidak terhad untuk Facebook, Instagram dan juga Twitter.

Bermula esok (17 Februari 2017), pelanggan prabayar boleh berkongsi, memuat naik gambar dan membaca kandungan Facebook, Instagram dan Twitter tanpa perlu bimbang tentang masalah data! Selain itu, pengguna prabayar ‘UNLIMITED POWER’ juga akan menerima panggilan percuma selama 300 minit setiap bulan yang hanya boleh digunakan untuk nombor U Mobile sahaja.
Pelanggan prabayar U Mobile yang sedia ada boleh bertukar kepada ‘UNLIMITED POWER’ dengan mendail *118*6*2*3# bermula 17 Februari 2017. App-Onz akan diaktifkan untuk pelanggan pascabayar yang sedia ada antara 17 Februari dan 25 Februari 2017, manakala pelanggan pascabayar yang baru dapat menikmati perkhidmatan ini sebaik sahaja membuat langganan.
~ Sempena pelancaran prabayar terbaru ‘UNLIMITED POWER’, U Mobile turut menjemput para media untuk menaiki helikopter~



