Samsung Galaxy Z Flip Rasmi!! – Bakal Dijual Pada Harga Kira-Kira RM5724!!!

Selain daripada Siri Samsung Galaxy S20, mereka turut merasmikan satu peranti baru yang dikenali Samsung Galaxy Z Flip yang mana skrin peranti ini adalah boleh lipat.

Peranti ini tampil dengan rekaan yang sangat unik yang mana skrinnya boleh dilipat ke dalam. Apabila dibuka, paparan skrin ini memberikan paparan skrin besaiz 6.7″ FHD+ Dynamic AMOLED dan Skrin Mini di bahagian belakang adalah 1.1″ Super AMOLED Display.

Dari aspek dalaman pula, ia tampil dengan pemproses 7nm-bit octa Core dan dipadankan dengan aspek memori yang sangat baik iaitu 8GB RAM + 256GB ROM.

Aspek kamera juga sangat baik apabila ia ditampilkan dengan 12M(f/1.8) + 12MP(f/2.4) bagi kamera utama dan 10MP(f/2.4) bagi kamera hadapan. Hasil gambar pastinya sangat menakjubkan.

Jika dilihat dari kapasiti bateri juga, ia dihadirkan dengan bateri yang sedikit kecil iaitu 3300mAh.

Tampil dengan varian warna Mirror Purple, Mirror Black Mirror Gold pastinya membuatkan anda terliur untuk memilikinya.

Ia bakal dijual pada harga $1380 (kira-kira RM5724) dan bakal tersedia mulai 14 Februari.

 

You might also like