
Penerimaan Pengguna Terhadap Naik Taraf Instagram
Baru sahaja beberapa minggu Instagram melancarkan kemas kini besar terhadap sistem dan aplikasi Instagram yang melihatkan logo, antaramuka, dan sistem newsfeed yang ditambah baik. Jadi tidak hairanlah sekiranya beberapa individu dan badan kajian melakukan survey untuk melihat maklum balas pengguna terhadap tambah baik baru tersebut.
Dengan melakukan carian di laman sosial Twitter, ramai pengguna Instagram kurang berpuas hati dengan sistem newsfeed yang menggunakan algoritma baru, beberapa pengguna mendakawa mereka melihat gambar yang sama berulang kali setelah aplikasi mereka dikemas kini dengan sistem baru.
Menurut Instagram, algoritma baru diimplementasi bagi mengelakkan anda tidak terlepas gambar dan berita terbaru rakan rapat anda walaupun anda mengikuti ratusan atau ribuan pengguna. Algoritma tersebut boleh mengesan akaun yang digemari oleh anda dan meletakkan gambar-gambar terbaru di bahagian awal newsfeed. Apa kata anda tentang sistem terbaru ini?