
Google Mengubah Cara Lagu Dicipta
Google telah melancarkan satu projek untuk menggunakan artificial intelligence bagi mencipta seni iarama dan muzik. Projek yang diberi nama Google Project Magenta yang telah diumumkan pada bulan ini mempunyai sasaran untuk membangunkan minda kreatif penggubahan lagi di dalam sebuah mesin.
Google sudah pun mengeluarkan lagu percubaan yang dicipta menerusi projek ini. Lagu tersebut dicipta dengan mendedahkan sistem komputer dan artificial intelligence dengan ribuan rakaman lagu, sekali gus mendedahkan sistem tersebut kepada variasi melodi dan irama. Sistem tersebut kemudiannya mula mempelajari nota muzik apakah yang kebiasannya hadir selepas nota tertentu, lama-kelamaan ia mampu mencipta lagunya sendiri. Macam syok juga, kan?

