Samsung Galaxy Note7 Kini Boleh Membuat Pra-Tempahan di 11Street!

1181
- Iklan -

0802_12_FB_Post_SamsungNote7Samsung baru sahaja memperkenalkan phablet kebanggaan mereka yang ditunggu-tunggu oleh ramai peminat dari siri ‘Note’ iaitu Galaxy Note7. Lebih menarik lagi, Malaysia menjadi salah satu negara yang tersenarai untuk jualan phablet ini. Untuk maklumat semua, tempahan akan dibuka pada 8 Ogos 2016 dan jualan akan bermula pada 18 Ogos 2016.

Tidak sampai 24 jam selepas pelancaran, 11street telah membuka tempahan bagi Galaxy Note7, jauh mendahului tarikh 8 Ogos 2016 yang ditetapkan Samsung Malaysia. Harga yang ditetapkan sama dengan harga jualan RM3,199 (termasuk GST), tarikh penghantaran ditetapkan pada 19 Ogos 2016. 11street akan menawarkan hadiah misteri untuk 100 tempahan yang pertama, ingin menjadi orang pertama yang miliki Galaxy Note7 ini? Cepat bertindak!