LG V20 Akan Dilancarkan Pada 6 September 2016, Sokong Android 7.0 Nougat

1173
- Iklan -

LGv20_inviteSebelum ini LG telah berkongsi berita mengenai peranti terbarunya, LG V20 yang akan dilancarkan pada bulan September ini. Terbaru LG telah mengesahkan tarikh pelancaran tersebut, akan diadakan pada 6 September 2016 di San Fransisco.

LG V20 telah mencuri perhatian ramai pengguna sebelum ini, di mana LG memberitahu V20 merupakan peranti yang terawal bakal menyokong OS Android 7.0 Nougat. LG V20 dilihat hadir dengan sokongan grafik Vulkan untuk menikmati permainan video yang lebih baik, selain menawarkan prestasi bateri yang panjang melalui fungsi Doze. Fungsi popular Android Nougat seperti membalas mesej terus daripada notifikasi turut hadir pada peranti ini.

ve20Spesifikasi penuh mengenai peranti ini masih menjadi tanda tanya buat masa sekarang. LG agak kurang aktif dalam menawarkan peranti mereka di Malaysia, dan tidak diketahui lagi sama ada LG V20 ini akan memasuki pasaran tempatan ataupun sebaliknya.