
Kehebatan Kelab bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) tidak perlu dinafikan lagi selepas memenangi beberapa piala dalam negara mahupun luar negara. Setelah video teaser yang tersebar luas di laman sesawang, kini peranti yang diberi nama ExMobile Ola JDT telah dilancarkan rasmi di pasaran tempatan.
Seperti pada namanya, Ola JDT adalah hasil kerjasama dengan pengeluar ExMobile. Peranti yang disasarkan pada kelas entry-level ini boleh didapatkan pada harga RM 599, dengan sokongan skrin 5 inci resolusi HD, pemproses MediaTek MT6737 serta 2GB RAM dan 16GB ROM.
Walaupun kamera utama hanya 8 Megapiksel dan kamera hadapan 5 Megapiksel, Ola JDT masih menawarkan fungsi pengimbas cap jari yang telah menjadi keutamaan pada masa kini. Bateri sebesar 2000mAh turut dilengkapi dengan sokongan dual SIM, sistem operasi adalah Android Marshmallow.