
OPPO R11 Bakal Hadir Dengan Dwi-Lensa Kamera?!
Reka bentuk OPPO sering kali menjadi perbualan hangat di kalangan orang ramai, terkini ada khabar angin menyatakan mereka bakal memperkenalkan peranti dwi-kamera termasuk garisan antena yang terletak di bahagian atas kamera.
Berdasarkan maklumat yang dikumpul, jelas OPPO R11 ini didatangkan bersama paparan skrin 5.5 inci dengan 1080p HD penuh. Pada lensa kamera utama ia menawarkan 16MP sebaliknya resolusi pada kamera hadapan pula mendapat sebanyak 20MP, jelas sekali Oppo ini sentiasa ingin memberi pengalaman swafoto yang lebih baik kepada bakal penggunanya.

Pada sistem dalaman pula, cipset terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 660 digunakan.Tambahan lagi, 4GB RAM dan ruang storan sebesar 64GB serta sistem operasi Android Nougat 7.1.1 pula menjadi penjana bagi peranti ini. OPPO R11 bakal dilancarkan sekitar bulan Jun, mungkin R11 Plus juga turut bersama dalam majlis pelancaran nanti.