
Huawei MediaPad M5 Dikuasakan Kirin 960?
Sebuah tablet Huawei kelihatan di dalam dokumen pensijilan Bluetooth beberapa hari yang lepas. Peranti yang dikenal pasti ini ialah Huawei MediaPad M5 dengan nombor model iaitu SHT-W09 dan SHT-AL09.
Sebelum ini, Huawei Malaysia ada melancarkan MediaPad M3, jadi untuk versi seterusnya Huawei tidak menggunakan nombor 4 sebaliknya melompat kepada nombor 5. Ini tidak pelik, kerana ia adalah kebiasan syarikat dari China.
Dalam ketirisan dokumen melihatkan tablet ini akan hadir dengan cip pemproses Kirin 960 Octa-core, skrin bersaiz 8.4” 2560 x 1600 beresolusi 2K, Bluetooth 4.2, dan Android 8.0 Oreo.
Setakat ini, spesifikasi lanjut dan harga masih lagi belum diketahui.