
Pengguna Android & iOS – Siap Sedia Menyambut Ketibaan Apex Legends Tahun 2020!
Peranti pintar semakin berkuasa tinggi, selain kamera yang bakal mencecah sehingga 108MP, spesifikasi khusus untuk gaming juga menjadi salah satu permintaan dalam arena gaming mudah alih termasuk permainan versi mudah alih untuk pengguna Android dan iOS.
Baru-baru ini Call of Duty: Mobile telahpun dirasmikan dengan sambutan hebat dari peminat COD, kini satu lagi permainan popular bakal diperkenalkan dalam versi mudah alih – iaitu Apex Legends.
Menurut EA Games, sekitar tahun fiskal 2021 (bermula 1 Oktober 2020 – 30 September 2021) akan melancarkan versi mudah alih bagi Apex Legends dan sudah tentu ketibaannya akan mencabar kedudukan permainan batter royale yang sedia ada di pasaran.
_________________
BACA JUGA:
- Game PERCUMA PlayStation Plus Untuk November 2019: Nioh & Outlast II
- Pertarungan Akhir PUBG Mobile Club Open 2019 Fall Season Bagi Rantau Asia Tenggara Bakal Bermula Dari 2 November Ini!!!
- Diablo IV Kini Telah Diumumkan Bagi Platform Xbox One, PlayStation 4 & PC!!!

