
Pertarungan Akhir PUBG Mobile Club Open 2019 Fall Season Bagi Rantau Asia Tenggara Bakal Bermula Dari 2 November Ini!!!
PUBG Mobile Club Open 2019 (PMCO 2019) Fall Season yang dikendalikan oleh PUBG Mobile kini sudah sampai di peringkat akhir bagi rantau Asia Tenggara!

Pertandingan yang di ditaja oleh Vivo ini bakal menyaksikan Sebanyak 16 pasukan daripada pelbagai negara di rantau Asia Tenggara iaitu dari Cambodia, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam. Mereka bakal berentap dari 2 hingga 3 November 2019 di Bangkok Thailand. Pemenang bagi peringkat ini bakal layak untuk bertarung di peringkat Global.

PMCO 2019 telah berjaya menarik perhatian lebih daripada 10 juta orang dan telah menjadi pertandingan paling popular di Asia Tenggara.
_______________________________
Artikel Berkaitan:

