
Steam kini sedang mengadakan promosi serta tawaran hebat sempena sambutan Halloween! Promosi ini lebih berfokuskan kepada genre permaianan seram. Bagi menjadikannya lebih menarik dan gempak, Steam turut menyoroti halaman jualan meraka dengan beberapa peristiwa Halloween bagi menarik perhatian ramai.

Bagi yang berminat, promosi ini adalah masa terhad dan sah sehingga 1 November ini! Diskaun hebat sehingga 75% ditawarkan sepanjang promosi berlangsung. Antara senarai permainan menarik yang ditawarkan termasuklah : Resident Evil 2 (RM69.50), The Blackout Club (RM40.80), Dying Light (RM25.49), 7 Days To Die (RM14.96) dan banyak lagi! Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan layari, Steam untuk lebih info lanjut.

