Celcom #ParentsUnite Dilancarkan – Pemantauan Keselamatan Online

Jenayah siber ke atas kanak-kanak kini dilihat semakin berleluasa dan perlu dibimbangi oleh ibu bapa. Ia juga merangkumi buli siber, kenalan sosial maya, isi kandungan tidak sesuai dan penipuan dalam talian. Oleh itu, setiap ibu bapa perlu mengambil inisiatif bagaimana untuk menyelesaikannya.

Menyedari perihal ini, Celcom hari ini melancarkan kempen #parentsunite sebagai satu langkah untuk memupuk kesedaran di kalangan ibu bapa seluruh Malaysia. Kerjasama ini dilakukan bersama organisasi terkenal iaitu Brainy Bunch, International Islamic Montessori, Protect and Save the Children, dan juga Wanita IKRAM Malaysia. Selain itu, Celcom juga mendapat campur tangan dari pakar teknologi iaitu Google dan UNICEF.

Zalman Aefendy Zainal Abidin, Chief Marketing Officer, Celcom Axiata Berhad

Dalam menyahut saranan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM), Celcom kali ini menyediakan aplikasi mudah alih yang diberi nama KidSafe dalam kolaberasi bersama Access Motion Sdn. Bhd. Aplikasi ini menawarkan perkhidmatan kepada para ibu bapa untuk menapis kandungan internet asas yang digunakan oleh anak-anak melalui rangkaian Celcom.

Di samping itu, ibu bapa kini boleh mengenalpasti kedudukan anak-anak mereka terus melalui telefon pintar. Buat masa ini, aplikasi ini hanya tersedia di platfom Android sahaja. Oleh itu, pelanggan Celcom dan prabayar kini boleh melanggan KidSafe ini pada kadar RM95.99 setahun atau memilih komitmen setengah tahun pada harga RM54.99 atau secara bulanan iaitu RM9.99.

Dalam masa yang sama, Celcom juga bakal menyediakan sambungan Wi-Fi di 25 sekolah seluruh negara selama setahun jika jumlah hashtag #parentsunite dan #kidsafe mencapai 100,000 setiap satu, dan sasaran 500,000 untuk tontonan video Kidsafe di Youtube sebelum 31 Disember 2017.

You might also like