vivo V7+ Serlahkan Kecantikan Si Pemakainya

Semenjak vivo XShot dicipta, vivo selalu menekankan prestasi fotografi sebagai keutamaan dalam produknya. Selepas membangunkan teknologi demi teknologi, akhirnya vivo dapat mencipta satu kelebihan yang patut ada semasa berswafoto dan ianya dipanggil Beauty 7.0.

Ciri ini berfungsi menggunakan algoritma yang mampu membaca struktur wajah dan menerangkan ia walaupun gambar diambil dalam keadaan yang malap. Malah gambar yang diambil juga akan mengekalkan warna tona kulit dan tampak lebih semula jadi.

Ciri Beauty 7.0 ini juga akan menjadikan anda kelihatan lebih sempurna dan jelas lebih cantik. Tidak seperti telefon pintar lain di luar sana, vivo V7+ juga mampu memberikan panggilan video yang jelas dan cantik.

Untuk menjadikan kamera depan vivo V7+ ke tahap yang lebih tinggi, ia juga menawarkan anda akan mod potret sebagai ciri tambahan. Ciri ini akan mengaburkan latar belakang yang kebiasaannya boleh dilihat pada DSLR.

vivo V7+ akan dilancarkan minggu hadapan bersamaan 26 September 2017 di Kuala Lumpur.

You might also like