

Uber Malaysia yang terkenal dengan perkhidmatan perkongsian kenderaan kini dengan rasminya melancarkan UberEATS di Malaysia. Memandangkan orang Malaysia suka makan, aplikasi ini memudahkan anda menempah makanan dengan hanya menggunakan telefon pintar sahaja. Berkonsepkan Tekan Butang & Mari Makan, UberEATS mahu pengguna mereka menikmati makanan kegemaran tanpa perlu risau mengenai kesesakan trafik dan tempat letak kereta. Anggaran masa penghantaran adalah sekitar 35 minit.
Mula beroperasi pada 22 September 2017, sebagai permulaan penghantaran hanya di buat di sekitar Kuala Lumpur, Bukit Damansara dan Bangsar sahaja. Manakala waktu operasi pula bermula 9 pagi sehingga tengah malam, bergantung kepada kedai yang terlibat. Sehingga kini terdapat lebih dari 200 kedai makan yang bekerjasama dengan UberEATS antaranya Nasi Lemak Antarabangsa, Inside Scoop, Sitka Restaurant dan Mikey’s Original New York Pizza.

Buat masa ini, bayaran hanya boleh dibuat menggunakan kad debit atau kredit sahaja dan caj setiap penghantaran ialah RM5, tanpa tempahan minima. UberEATS juga telah bekerjasama dengan JAKIM untuk memastikan cara penghantarannya menepati piawaian Halal yang ditetapkan oleh JAKIM. Jadi tunggu apa lagi, muat turun aplikasi ini sekarang!!
Sebagai promosi pengenalan, masukkan kod promosi KLTASTY untuk menikmati penghantaran percuma bagi 3 pesanan, sah sehingga 21 Oktober 2017.

