Baca Ini Dahulu Sebelum Anda Memuat Turun FaceApp!!! Maklumat Peribadi Anda Mungkin Dalam Bahaya

Ketika ini sedang menjadi fenomena aplikasi FaceApp yang boleh mengubah wajah anda menjadi tua. Ia pastinya sebuah aplikasi yang menarik dan sangat seronok untuk digunakan. Tetapi di dalam keasyikan anda menggunakan peranti ini, ia secara tidak langsung mungkin memberikan kesan buruk kepada anda.

Saat anda memuatnaik dan menggunakan aplikasi ini, polisi privasi yang dinyatakan oleh aplikasi ini sangat mencurigakan yang mana semua foto yang anda rakam menerusi aplikasi ini boleh digunakan oleh pembangun.

“If we sell or otherwise transfer part or the whole of FaceApp or our assets to another organization (e.g., in the course of a transaction like a merger, acquisition, bankruptcy, dissolution, liquidation), your information such as User Content and any other information collected through the Service may be among the items sold or transferred.“

Dalam polisi tersebut turut menyatakan bahawa maklumat mengenai pengguna boleh dipindahkan termasuklah maklumat peribadi.

Selain itu, dengan memuat turun FaceApp ini anda secara tidak langsung telah bersetuju dengan terma penggunaan aplikasi ini. Pembangun boleh menggunakan wajah anda untuk sesuka hati mereka. Hal ini termasuklah teknologi pengecaman wajah.

“to use, reproduce, modify, adapt, publish, translate, create derivative works from, distribute, publicly perform and display your User Content and any name, username or likeness provided in connection with your User Content in all media formats and channels now known or later developed.”

Hal ini sangat membimbangkan kerana segala maklumat peribadi anda boleh digunakan oleh sesiapa sahaja sama ada kerajaan mahupun perisik asing.

Untuk maklumat aplikasi FaceApp ini dibangunkan oleh Wireless Lab OOO yang berpengkalan di Saint-Petersburg, Rusia.

You might also like