Sony Dikatakan Bakal Perkenal Telefon Pintar Dengan Skrin Beresolusi 5K Pertama Di Dunia?

Sony pastinya sebuah peranti yang sentiasa menghasilkan telefon pintar dengan kualiti terbaik. Baru-baru ini, dalam 1 maklumat terdedah, Sony dikatakan menghasilkan paparan skrin beresolusi 5K yang pertama di dunia.

Maklumat ini terdedah dalam 1 laman sesawang sumahoinfo di Jepun. Menurut maklumat tersebut, model yang dikenali sebagai J8220 tersebut mencecah 5040 x 2160 piksel.

Namun masih menjadi tanda tanya sama ada peranti terbaharu ini akan menjadi versi peningkatan bagi model Xperia 1 atau ia bakal diperkenal sebagai Sony Xperia 2.

Pada bulan Febuari lalu, Sony telah memperkenalkan telefon pintar dengan paparan skrin OLED 4K bernisbah 21:9. Jadi sama-sama kita nantikan kehadiran peranti terbaharu daripada Sony ini.

________________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like