Kamera Kompak Paling Kecil Di Dunia – Sony RX0 II Kini Rasmi Berharga RM2,799!

919
- Iklan -

Tertarik dengan reka bentuk mini pada Sony RX0 II, kini kamera paling kecil di dunia ini telah dirasmikan di pasaran Malaysia dengan harga jualan RM2,799 dan akan mula dijual Mei nanti.

RX0 II mempunyai saiz yang sangat kecil iaitu 59 x 40.5 x 35mm dengan berat hanya 135g sahaja, ia disertakan Exmor RS CMOS 1.0 inci dan pemproses imej BionzX yang mampu menghasilkan gambar menarik pada resolusi 15.3MP.

Sokongan spesifikasi menarik termasuk juga lensa 24mm dengan bukaan lensa F4, rakaman video 4K @ 30FPS, sistem penstabilan OIS, kalis air sehingga kedalaman 10 meter dan mampu bertahan jika jatuh pada ketinggian 2 meter.