Tahniah Nokia 7 Plus Dipilih Sebagai Peranti Pintar Pengguna Terbaik Di Anugerah EISA 2018

Tahniah kepada Nokia 7 Plus kerana berjaya dipilih sebagai Peranti Pintar Pengguna Terbaik oleh Persatuan Pengimejan dan Bunyi Pakar (EISA), anugerah ini diadili oleh panel bebas terbesar di dunia, meliputi 55 majalah dan laman web pakar yang paling dihormati.

Sebab utama Nokia 7 Plus memenangi anugerah EISA 2018 kerana reka bentuk yang hebat, prestasi berkuasa dan keupayaan pengimejan yang mengagumkan, selepas ujian dan bandingan dengan pesaing terkemuka dalam salah satu daripada kategori yang paling menjadi rebutan di anugerah tersebut.

Di Anugerah EISA, pakar-pakar dari seluruh dunia mengundi dalam pelbagai kategori termasuk Fotografi, Teater Hi-fi Rumah dan Peranti Mudah Alih. Semua produk yang dicalonkan untuk Anugerah EISA perlu menjalani proses pengadilan berbilang peringkat yang menyeluruh termasuk ujian rapi untuk menarafkan teknologi, reka bentuk dan inovasi. Produk yang melepasi ujian teliti tersebut dipilih mengikut kategori masing-masing, lantas membuktikan keupayaannya yang bertaraf dunia.

Berminat Nokia 7 Plus, boleh baca reviu eksklusif di SINI.

 

 

You might also like