Meizu M6s Boleh Didapati Di Pasaran Tempatan – Berharga RM699

Meizu bukanlah nama baru dalam pengeluaran telefon pintar di Malaysia. Terkini, mereka telah menawarkan model terbaru iaitu Meizu M6s yang boleh dibeli dengan harga RM699.

Menampilkan paparan skrin penuh berukuran 5.7 inci HD+, telefon pintar ini dikuasakan oleh pemproses Samsung Exynos 7872, Hexa Core berkelajuan 2.0GHz bersama 14nm FinFET. Hadir dengan memori RAM 3GB dan ROM 32GB, Meizu M6s telah dibekalkan bateri berkapasiti 3000mAh dengan sokongan pengecasan pantas Meizu mCharge 18W.

Lebih unik, kedudukan pengimbas cap jari terletak di sisi telefon iaitu di bawah butang kuasa yang mana boleh membuka paparan skrin sepantas 0.2 saat.

Dari segi penggambaran pula, Meizu M6s telah menawarkan kamera utama 16 Megapiksel, dual LED flash manakala kamera depan pula beresolusi 8 Megapiksel yang menyokong fungsi ArcSoft dan Face AE.

Ditawarkan dalam dua pilihan warna sahaja iaitu hitam dan emas, anda boleh layari Facebook Meizu Malaysia untuk maklumat lanjut.

Beli di >> 

You might also like