Spotify Ingin Mencipta Aksesori Dengan Jenama Sendiri?!

Spotify tidak lain dan tidak bukan sebagai salah satu daripada aplikasi penstriman muzik yang terkenal, telah dilihat ingin mengeluarkan peranti atau perkakasan keluarannya sendiri berdasarkan kepada senarai pekerja yang ingin dicari melalui pautan Spotify.

Produk yang ingin dikeluarkan nampaknya seperti fon kepala atau fon telinga yang boleh dihubung terus dengan aplikasi Spotify dengan lebih mudah dan pantas. Dengan cara sebegini, Spotify dapat memberi lebih pengalaman kepada pengguna mendengar muzik tanpa melibatkan produk pihak ketiga. Dalam bulan Mac sahaja seramai 50 juta pengguna telah melanggan Spotify, dan ini secara tidak langsung membolehkan mereka memasarkan produk tersebut dengan lebih mudah dan cepat.

Jadi apakah pandangan anda terhadap langkah kemajuan yang ingin dicapai oleh Spotify, beri pendapat anda di ruangan komen.

You might also like