Reviu Eksklusif: Samsung Galaxy A7 (2017), Smartphone Siri ‘A’ Pertama Kalis Air

HARGA: RM 1,899

Samsung memulakan tahun 2017 dengan memperkenalkan dua peranti terbaru di bawah siri ‘Galaxy A‘ dengan model Galaxy A7 (2017) dan A5 (2017). Meneruskan reputasi mereka dalam penghasilan peranti yang bermutu tinggi dari segi rekaan dan kualiti binaan, kedua-duanya dibina menggunakan gabungan kerangka besi dan panel gelas di mana sekali lagi dapat melihat rekaan sisi melengkung pada edisi terbaru ini. Apa yang paling menarik, ia merupakan smartphone pertama dari siri ‘Galaxy A’ yang menyokong pengiktirafan IP68, yang bermaksud kalis air dan debu.

 

PERBEZAAN SPESIFIKASI

Samsung Galaxy A7 (2017) Samsung Galaxy A5 (2017)
Sistem Operasi (OS) Android 6.0.1 Marshmallow
Cipset Samsung Exnos 7 Octa 7880
CPU Octa Core 1.9GHz
GPU ARM Mali-T860 MP3
Jenis Skrin Super AMOLED
Saiz / Resolusi Skrin 5.7 inci / 1920 x 1080 piksel (~386ppi) 5.2 inci / 1920×1080 piksel (~424ppi)
Memori Dalaman / RAM 32GB / 3GB
Memori Tambahan microSD sehingga 256GB
Kamera Utama 16 Megapiksel (auto fokus & LED flash)
Kamera Hadapan 16 Megapiksel
Kapasiti Bateri 3600mAh (sokong pengecasan pantas) 3000mAh (sokong pengecasan pantas)
Lain-lain USB Type-C, Pengimbas cap jari, NFC, Samsung Pay
Harga RM 1,899 RM 1,699

 

FIZIKAL

Rekaan Premium

Meneruskan reputasi mereka dalam penghasilan peranti yang bermutu tinggi dari segi rekaan dan kualiti binaan, Galaxy A7 (2017) dibina menggunakan gabungan kerangka besi dan panel gelas di mana kita sekali lagi dapat melihat rekaan sisi melengkung pada edisi terbaru ini.

Walaupun menampilkan paparan skrin berukuran 5.7 inci tetapi ia masih merupakan smartphone yang nipis dengan ketebalan hanya 7.9mm dengan berat 186g. Malah pengguna juga akan berasa selesa apabila memegang peranti ini walaupun dengan sebelah tangan sahaja.

 

Slot Kad

Bagi mereka yang mempunyai lebih daripada satu SIM, peranti ini amat sesuai buat anda. Selain boleh menggunakan dua slot kad SIM pada Galaxy A7 (2017) yang menyokong slot jenis Nano, ia turut menyediakan kad memori tambahan microSD sehingga 256GB. Memandangkan peranti ini hadir dengan rekaan unibodi, slot kad SIM terletak di sisi kiri dan microSD pula di bahagian atas smartphone.

 

Speaker

Berlainan sekali dengan smartphone keluaran Samsung sebelum ini, di mana speakernya berada di bahagian atas, bawah ataupun panel belakang. Bagi Galaxy A7 (2017) pula, speakernya terletak di bahagian atas sisi kanan smartphone. Ia secara tidak langsung membolehkan pengguna mendengar muzik, menonton video dan bermain games tanpa masalah.

 

Pilihan Warna

Samsung Malaysia telah mengumumkan dua warna baru bagi siri Samsung Galaxy A (2017), iaitu Peach Cloud dan Blue Mist. Selain itu, dua warna lain yang telah diperkenalkan sebelum ini oleh iaitu Black Sky dan juga Gold Sand.

 

Pakej Pembungkusan

  1. Samsung Galaxy A7 (2017)
  2. Kad Waranti
  3. Buku Panduan
  4. Kotak Pembungkusan
  5. Adapter Pengecas
  6. Kabel Micro USB
  7. Earphone
  8. Adapter USB-C ke microUSB
  9. Pin Kad SIM

 

APA YANG COOL?!

Penggambaran Utama & Depan
Kamera Utama
Kamera Depan

Penggambaran Galaxy A7 (2017) tidak kurang hebatnya dari segi optikal. Kamera depan dan utama telah dilengkapi sensor beresolusi 16 Megapiksel dengan f/1.9, membolehkan anda mengambil gambar yang berkualiti dan masih mampu beroperasi dengan baik walaupun anda menangkap gambar di dalam kawasan yang gelap. Malah kehadiran beberapa sokongan mod untuk penggambaran depan seperti Selfie dan Wide Selfie untuk mereka yang gemar berselfie berkumpulan.

 

Pengimbas Cap Jari

Samsung Galaxy A (2017) tidak ketinggalan menyokong fungsi pengimbas cap jari, peranti ini telah dilengkapi dengan sokongan kaedah pengimbas cap jari yang boleh mengakses sebanyak lima jari dalam satu-satu masa. Lebih menarik lagi, anda boleh mengakses jari kaedah 360 darjah selama beberapa saat sahaja.

**Info**
Settings → Lock screen and security → Fingerprints → Add fingerprint

 

Secure Folder

Salah satu aplikasi menarik yang disediakan pada Galaxy A (2017) adalah Secure Folder. Fungsi ini dapat menjaga privasi yang ada di dalam smartphone, tanpa perlu memuat turun aplikasi daripada pihak ketiga. Menariknya, selain boleh meletakkan kata laluan pada aplikasi tersebut, anda juga boleh memilih kontak, gambar, emel, nota dan fail yang tidak ingin dikongsi dengan orang lain.

 

Samsung Pay

Seiring dengan pelancaran siri Galaxy A terbaru ini, Samsung juga mengumumkan bahawa Samsung Pay sudah sedia untuk digunakan pada peranti ini dengan menggunakan teknologi NFC (near field communication) dan juga MST (Magnetic Secure Transmission). Buat masa ini, hanya pengguna Maybank, CIMB, Citibank dan Standard Chartered sahaja yang boleh menggunakan fungsi ini.

Baca: [Tutorial] Servis Pembayaran Tanpa Tunai, Samsung Pay Kini Rasmi Di Malaysia

ZONE UJIAN

I) Pengecasan Pantas

Sokongan teknologi pengecasan pantas pada Galaxy A7 (2017) pastinya menjanjikan masa mengecas yang sangat pantas. Berlainan dengan model kelas pertengahan sebelum ini, yang mana Galaxy A7 (2017) menggunakan sambungan USB Type-C. Ini bermakna, anda tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mengecas penuh bateri berkapasiti 3600mAh yang dimiliki oleh smartphone ini.

Ujian Pengecasan

Ingin mengetahui sejauh mana kepantasan mengecas menggunakan Samsung Galaxy A7 (2017), kami telah mencuba untuk mengecas peranti ini menggunakan teknologi pengecasan pantas yang tersedia.

1. Samsung Galaxy A7 (2017) mula dicas apabila bateri berbaki 10%

2. Untuk 30 minit pertama, bateri smartphone meningkat sebanyak 45%

3. Selepas 45 minit mengecas, bateri mencapai sehingga 55%

4. Untuk mengecas penuh, ia mengambil masa selama 1 jam 45 minit.

 

II) Prestasi Benchmark
Samsung Exynos 7 Octa 7880 Octa Core 1.9GHz ARM Mali-T860 MP3
Memori Dalaman 32GB RAM 3GB microSD sehingga 256GB

 

Samsung Galaxy A7 (2017) dikuasakan oleh cipset Samsung Exynos 7 Octa 7880 yang dilancarkan bersama pemproses Octa-core 1.9GHz, kami telah menjalankan ujian benchmark ke atasnya. Digandingkan bersama Lenovo Phab2 Pro dan juga Sony Xperia X Compact, mari kita lihat keputusannya!

Model AnTuTu 6 GeekBench 4 Basemark OS II Basemark X
Samsung Galaxy A7 (2017) 61,275 3,956
1,412 25,857
Lenovo Phab2 Pro 83,557
3,426 1,596 15,210
Sony Xperia X Compact 76,731 3,848 1,738 15,415

 

RUMUSAN

Samsung Galaxy A7 (2017) yang dioperasikan dengan pemproses Samsung Exynos 7 Octa 7880 yang menggunakan 14nm, nampaknya tidaklah begitu mengecewakan dari aspek prestasi jika dibandingkan dengan pemproses yang sama serta harga yang sedikit mahal dan pemproses berkuasa seperti HiSilicon Kirin 950.

 

III) Kalis Air & Debu

Kedua-dua peranti ini juga merupakan peranti kelas pertengahan pertama dari Samsung yang hadir dengan pengkelasan IP68 di mana ia mampu bertahan di kawasan berdebu dan juga kalis air. Jadi anda tidak perlu risau apabila melakukan apa sahaja aktiviti luar, asalkan jangan pula merendam peranti ini lebih dalam daripada 1.5 meter, lebih daripada 30 minit.

 

HASIL GAMBAR

Indoor
HDR
Senja

 

KOMEN EDITOR

Mungkin ada yang beranggapan harganya agak mahal untuk sebuah peranti kelas pertengahan terutamanya bagi peranti Samsung Galaxy A7 (2017). Namun dengan spesifikasi yang berkuasa, reka bentuk premium, penggambaran berkualiti serta smartphone pertama dari siri ‘A’ yang menyokong pengiktirafan IP68. Ia bermaksud kalis air sedalam 1.5 meter selama 30 saat, jadi sememangnya sesuai untuk mereka yang lasak. Fungsi istimewa yang disokong oleh peranti ini adalah pengimbas cap jari sangat responsif, di mana turut menyokong sehingga lima jari, sokongan NFC membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan hanya menggunakan fungsi Samsung Pay serta penggambaran yang dipertingkatkan. Di antara fungsi menarik adalah pengecasan pantas, USB Type-C, Secure Folder, Always on, S Health, mod Ultra Power Saving dan Smart Switch yang sangat berbaloi dengan harga ditawarkan.

You might also like